Tuesday, 1 January 2013
ATP3033 Pergerakan Kreatif Teater 1
1.1 Jelaskan tentang kaedah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor.
Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu yang akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. (Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009) Konsep pergerakan asas seperti lokomotor dan bukan lokomotor menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.
Pergerakan lokomotor melibatkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dan menyebabkan perubahan kedudukan. Pergerakan lokomotor juga berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan arah (tinggi, sederhana, rendah), aliran (lurus, berliku-liku, dan zig-zag), beban (halus-ringan, berat-kuat) dan masa (cepat, lambat). Antara contoh-contoh pergerakan lokomotor adalah berjalan, berlari, gallop dan sebagainya.
Pergerakan bukan lokomotor pula adalah keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan ini juga merupakan sebuah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Ia dapat membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. (Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009) Contoh bagi pergerakan bukan lokomotor pula adalah meregang dan mengendur, melambung bola, melompat setempat dan sebagainya.
Permulaan semester ini..
Perjalanan diteruskan dengan kursus Pergerakan Kreatif Teater...jum sama2 kongsi maklumat yang diperolehi semester ini... =)
Thursday, 14 June 2012
Alhamdulillah... =)
Bersyukur ke hadratNya kerana hasrat saya ingin berkongsi pengalaman menjalani kursus Seni Lakon Awalan sepanjang semester ini telah berjaya walaupun refleksi yang telah saya share tidak dapat dilakukan dari masa ke masa mengikut jadual sebenar kuliah. Saya berharap agar pengalaman ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana. ^___^
MALAM TEATER EXPERIMENTAL
Malam ini merupakan salah satu kenangan terindah buat saya kerana saya telah berjaya mempersembahkan sebuah teater monolog yang bertajuk Laut Lebih Indah Dari Bulan. Persembahan ini merupakan penilaian akhir bagi kursus Seni Lakon Awalan. Pengalaman membuat persembahan monolog di atas pentas dan ditonton hampir 50 orang penonton adalah sangat berharga bagi saya.
Sewaktu melakukan persembahan, saya menggunakan semua pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang kelas dan sesi latihan bersama pengarah supaya persembahan saya lebih berkualiti. Saya banyak menggunakan teknik gaya lakonan yang telah diajar seperti imaginasi, perkataan “magic if” , konsentrasi tumpuan dan hubungan emosi ataupun spiritual agar saya dapat menguasai emosi watak dengan lebih kuat. Selain itu, saya cuba untuk mengaplikasikan cara lontaran vokal yang baik agar penyampaian jalan cerita kepada penonton lebih jelas. Namun, saya berasa kurang berpuas hati dengan lontaran vokal yang dilakukan kerana ianya masih kurang baik dan kurang fleksibel.
Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dengan lakonan saya pada malam itu memandangkan saya benar-benar dapat menjiwai watak sebagai Bulan yang merupakan seorang isteri kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh. Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata. Saya dapat merasakan kesedihan dan kekecewaan yang dialami serta mampu memegang emosi tersebut sehingga ke penghujung pementasan yang seterusnya membuatkan saya menitiskan air mata di atas pentas. Bagi saya, ini merupakan pencapaian yang baik sepanjang saya berada dalam kursus Seni Lakon Awalan.
Persembahan lain yang turut berlangsung pada malam itu juga tidak kurang hebatnya. Semua pelajar dapat melakukan persembahan dengan baik. Oleh itu saya berharap para penonton juga merasakan hal yang sama dan semua berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan terutama sekali penilai bagi kursus ini iaitu Encik Nor Shuradi Bin Haji Nor Hashim.
Perjumpaan Bersama Pengarah 4
Setelah perjumpaan untuk sesi kali ini, saya mendapati saya masih lemah dalam pengucapan dialog menggunakan tempo dan ritma yang sesuai. Saudari Amy mencadangkan agar saya menjalani latihan bacaan skrip secara sendiri dengan lebih kerap lagi bagi mengatasi masalah ini. Dengan ini, jalan cerita dan emosi dapat disampaikan dengan lebih tepat.
Perjumpaan Bersama Pengarah 3
Pada sesi kali ini, saya hanya melakukan latihan untuk babak satu berulang kali memandangkan babak ini menuntut saya untuk berlari sambil melafazkan skrip. Melalui sesi ini saya belajar untuk bernafas dengan cara yang betul, memberikan konsentrasi tumpuan hanya kepada emosi ketika babak ini berlangsung (gelisah) dan menyalurkan stamina hanya pada larian dan skrip dilafazkan dengan emosi yang sepatutnya. Menurut saya, ini merupakan babak yang mencabar kerana ianya di luar kebiasaan namun saya mengambilnya sebagai cabaran. Akhirnya saya mampu mengatasi kelemahan yang ada walaupun babak ini dilakonkan dalam keadaan yang belum sempurna pada sesi ini.
Perjumpaan Bersama Pengarah 2
Selepas perjumpaan bersama pengarah pada kali ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang tema, latar serta plot cerita. Saya juga mula faham akan kesinambungan antara babak-babak di dalam monolog Laut Lebih Indah Dari Bulan. Seterusnya saudari Amy mencadangkan kostum yang sesuai bagi menonjolkan watak Bulan sebagai seorang isteri yang dilanda tekanan serta props yang akan digunakan semasa pementasan untuk membantu saya agar jalan cerita akan kelihatan lebih jelas. Setelah perbincangan, kami sepakat untuk mewujudkan suasana yang tidak sarat tetapi mampu mempengaruhi emosi penonton.
Subscribe to:
Posts (Atom)